Thursday, October 7, 2010

Hari cemerlang Malaysia di bumi India


RAIHAN meraih pingat gangsa dalam acara angkat berat bagi
kategori 53kg semalam.


SEMALAM, boleh dikatakan sebagai hari cemerlang buat atlet negara yang sedang meng- galas cabaran pada Sukan Komanwel 2010.
Satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa berjaya diraih menjadikan perjuangan pada hari kedua itu sebagai sangat memuaskan.

Kejayaan itu membolehkan Malaysia mengumpul keseluruhan lima pingat iaitu masing- masing dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Selepas badang negara, Amirul Hamizan Ibrahim menghadiahkan pingat emas pertama dalam acara angkat berat, semalam giliran Aricco Jumitih pula mencuri tumpuan.
Atlet berusia 20 tahun kelahi- ran Kota Kinabalu, Sabah ini mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas menerusi kategori 62 kilogram di Stadium Jawaharlal Nehru.
Aricco melakukan angkatan seberat 120kg dalam cara snatch dan 156kg bagi clean & jerk untuk merekodkan keseluruhan angkatan 276kg.

Begitupun, kehebatan atlet angkat berat berpengalaman negara, Naharudin Mahayudin juga tidak boleh diperkecilkan.
Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand ini membuktikan yang khidmatnya masih diperlukan selepas menyumbang pingat perak kedua negara.
Namun, kejayaan atlet angkat berat wanita negara, Raihan Yusoff meraih pingat gangsa dianggap suatu sejarah bagi kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel.

Raihan yang beraksi dalam acara 53kg berjaya mengulangi pencapaian cemerlang pada pada Sukan SEA 2009 di Laos apabila memenangi pingat perak.
Selain Aricco, Raihan dan Naharudin, pujian juga harus diberikan kepada pelumba basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin yang berjaya meraih pingat perak dalam acara 1 kilometer ujian masa perseorangan (lumba basikal) di Stadium Indira Gandhi.

Rizal yang berehat panjang selepas ditimpa kemalangan pada Mac tahun lalu, kembali membuktikan kemampuannya yang sebelum ini lebih banyak didominasi oleh Mohd. Azizul- hasni Awang dan Josiah Ng.
Selain kejayaan atlet angkat berat dan lumba basikal, bebe- rapa kejutan berlaku terutama dalam acara skuasy apabila Low Wee Wern dan Delia Arnorld tewas pada pusingan ketiga dalam acara perseorangan wanita.
Pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila mudah ke pusi- ngan seterusnya.
Turut mengekori Nicol adalah Mohd. Azlan Iskandar dan Sharon Wee.
Begitupun, nasib tidak menyebelahi skuad hoki wanita apabila mudah dibelasah New Zealand pada pertemuan kedua Kumpulan B selepas mengejutkan Kanada 3-2 kelmarin.

Di Kompleks Renang Dr. S.P Mukherjee, pemenang tujuh pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2010, Chan Kah Yan turut mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir dalam acara 100 meter gaya bebas wanita.
Bagaimanapun, Kah Yan gagal mengulangi kehebatan itu apabila terkandas pada peringkat saringan dalam acara 100 meter kuak lentang.

Turut terkandas pada saringan semalam ialah Yap See Tuan (100m kuak lentang lelaki), Leung Chii Lin (100m gaya bebas wanita), Chui Lai Kwan dan Kevin Yap Soon Choy (200m gaya bebas lelaki).
Sementara itu, perbezaan dua mata menafikan harapan gandingan Bibiana Ng-Siti Nur Masitah Mohd. Badrin untuk memberikan pingat pertama dalam acara menembak

Kedua-dua penembak berpengalaman itu terpaksa akur dengan kedudukan keempat dalam acara berpasangan (pair) 25 meter pistol wanita di Lapa- ng Sasar Dr. Kanir Singh.

Manakala penembak berpengalaman negara, Hazli Izwan Amir yang bergandingan dengan Alais Sulong sekadar berada pada kedudukan ketujuh dalam acara berpasangan (pair) 50 meter pistol lelaki.
Hari ini, tumpuan kontinjen dan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti terarah di Stadium Indira Gandhi.
Pingat emas ketiga negara dijangka hadir menerusi Azizulhasni, Josiah Ng dan Rizal yang akan beraksi dalam acara keirin.



Kosmo

No comments:

Post a Comment