Thursday, July 24, 2014

Atlet Malaysia pakai lilitan lengan hitam


GLASGOW - Atlet dan pegawai Malaysia di Sukan Komanwel 2014 memakai lilitan hitam di lengan pada majlis pembukaan temasya tersebut bagi memperingati mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Nahas yang berlaku di Ukraine mengorbankan 298 nyawa, termasuk 44 dari Malaysia.
Jurucakap kontinjen Malaysia, Mohd. Fahmi Omar berkata, tiada seorang pun daripada 180 atlet dan 72 pegawai yang berada di Glasgow mempunyai kaitan secara langsung dengan tragedi tersebut.
Bendera Jalur Gemilang turut dikibarkan separuh tiang di Perkampungan Atlet Sukan Komanwel kelmarin.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar memberitahu bahawa pihaknya tidak mempunyai masalah andai kontinjen mahu memakai lilitan lengan tersebut pada majlis perasmian Sukan Komanwel. - AGENSI


Artikel Penuh: Utusan

No comments:

Post a Comment