Thursday, September 30, 2010

Rizal mampu gegar emas

SELEPAS mengalami kemalangan Oktober tahun lalu yang hampir lagi meranapkan kariernya selaku pelumba basikal trek negara, Mohd Rizal Tisin ketika ini dilihat sebagai calon terbaik memenangi pingat emas dalam acara 1 kilometer ujian masa di Sukan Komanwel XIX di New Delhi, bermula Ahad ini.

Pulih sepenuhnya daripada kecederaan patah buku lali kiri, Rizal kelihatan lebih bertenaga dan sudah kembali ke tahap terbaik yang pernah menyaksikan dia memenangi pingat gangsa Kejohanan Dunia di Poland, Mac tahun lalu dengan catatan rekod Asia baru, 1 minit 01.658 saat.

Itu cuma kemalangan kecil dan saya sudah pulih sepenuhnya, kata Rizal selepas sesi latihan terakhir skuad trek negara di Velodrom Joe Ciavola, Pusat Sukan Darebin, Melbourne, semalam. Sekarang prestasi saya pada tahap terbaik dan saya berasa cukup bertenaga.

Latihan diberikan untuk Sukan Komanwel ini amat keras tetapi membantu meningkatkan tahap tenaga dan daya kayuhan, katanya yang juga kakitangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Malaysia itu.

Rizal, bersama-sama dengan Azizulhasni Awang, Josiah Ng dan Edrus Yunos membentuk rangkaian pelumba trek terbaik negara pernah diturunkan di Sukan Komanwel dan harapan cukup tinggi mereka dapat mencipta kejayaan.



Barita Harian

No comments:

Post a Comment