Monday, July 21, 2014

‘Kita ada harapan emas’


Glasgow: Skuad berbasikal pecut negara diramal memenangi pingat emas, namun ketua jurulatih John Beasley tidak mahu menjanjikan harapan palsu kepada kontinjen negara.

Malaysia berpeluang cerah meraih emas menerusi penyertaan jaguh keirin Azizulhasni Awang, namun dia berdepan tiga gergasi dunia New Zealand, Australia dan Britain.

“Saya yakin Azizul boleh memenangi pingat, tapi pingat apa semua bergantung kepada strategi pada hari perlumbaan.

“Dia kini berada pada tahap terbaik, kecergasan cemerlang dan daya pecutan maksimum.
“Dia boleh menewaskan mana-mana pelumba handalan dunia, tapi ia bergantung kepada keberkesanan strateginya pada hari itu.

“Biarlah Azizul terus fokus tanpa kita beri dia tekanan.

Saya yakin dia tidak akan mengecewakan kami,” kata Beasley pada sidang media di Perkampungan Sukan semalam.

Turut hadir pengurus pasukan Datuk Amarjit Singh serta atlet negara antaranya Azizul, Josiah Ng, Rizal Tisin, MOhd Edrus Yunos, Fatehah Mustapha dan Ju Pha Som Net.

Ketua jurulatih kelahiran Australia itu turut yakin dengan kemampuan pelumba lain menghadirkan pingat.

No comments:

Post a Comment