Monday, October 4, 2010

Temasya bermula

KONTINJEN negara seramai 240 atlit dan pegawai diketuai Chef de Mission, Tan Sri Abdul Halil Mutalib dan pembawa Jalur Gemilang,  Siti Zalina Ahmad melakukan lintas hormat pada pembukaan Sukan Komanwel edisi ke 19 di Stadium Jawaharlal Nehru, malam tadi.

200 atlit Malaysia akan mulakan pemburuan sasaran 10 pingat emas

BELUMPUN acara perasmian bermula, kontinjen negara di Sukan Komanwel menerima berita kurang menggembirakan apabila gimnas artistik muda, Cheong See Teng terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan terseliuh siku ketika sedang berlatih, kelmarin.

Tetapi baki 200 atlit Malaysia dari kalangan 6,700 atlit negara Komanwel yang bakal memikul cabaran percaya itu bukan satu petanda buruk sebelum memulakan pemburuan 10 pingat emas yang disasarkan kali ini, sambil Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek yakin angka itu mampu diatasi untuk mencatat sejarah tersendiri pencapaian terbaik di luar Kuala Lumpur.

Sama ada ia satu petanda buruk atau sebaliknya, ia akan dapat ditentukan apabila pertaruhan terbaik negara untuk memenangi emas, Amirul Hamizan Ibrahim memulakan langkah pertamanya dalam acara angkat berat kategori berat badan 56 kilogram, hari ini.

Berita Harian

No comments:

Post a Comment