Thursday, October 7, 2010

Perak daripada Rizal


RIZAL bangga dengan pencapaian pingat perak dalam acara 1km ujian masa semalam.


PELUMBA basikal trek negara, Mohd. Rizal Tisin tampil bertenaga semalam.
Dia mempamerkan kayuhan cemerlang untuk menghadiahkan pingat perak dalam acara 1 kilometer ujian masa perseorangan.

Rizal yang berehat panjang selepas ditimpa kemalangan pada Oktober tahun lalu mencatat masa 1 minit 02.768 saat untuk berada di tempat kedua keseluruhan.

Begitupun catatan masa yang dilakukan Rizal tidak begitu baik kerana rekod kebangsaan adalah 1:01.658s yang dilakukannya ketika memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Poland, Mac tahun lalu.
Pingat emas dimenangi pelumba Australia, Scott Sunderland (1:01.411s) manakala pingat gangsa menjadi milik Edward James Dawkins dari New Zealand 1:02.777s.


Lebih menarik, catatan masa yang dilakukan Sunderland ini berjaya memadam rekod kejohanan milik pelumba Britain, Chris Hoy (1:1.726s) manakala rekod dunia kekal milik Arnaud Tournant dari Perancis (58.875s).

"Meskipun berjaya memenangi pingat perak, pera- saan saya sedikit kecewa kerana sasaran saya hari ini (semalam) adalah untuk memperbaharui rekod kebangsaan tetapi tidak berjaya.
"Mungkin kesilapan gear dan tidak dapat melakukan sesi pemanas badan di atas trek menjadi punca utama yang menyebabkan saya gagal mencatat masa yang lebih baik.

"Saya telah memberikan yang terbaik dan mencuba sedaya upaya untuk mencatat masa terbaik peribadi tetapi mungkin kesilapan gear menyebabkan basikal saya menjadi berat.

"Saya sudah pulih daripada kemalangan kecil itu. Saya kini berada pada prestasi terbaik dan fokus sepe- nuhnya kepada perlumbaan," kata Rizal yang mengalami kecederaan patah buku lali kiri tahun lalu.
Hari ini, Rizal dan dua ra- kan sepasukannya, Mohd. Azizulhasni Awang dan Josiah Ng akan meneruskan saingan dalam acara keirin.

Selepas itu, dia akan bergandingan bersama Azizul- hasni, Josiah Ng dan Edrus Yunos untuk mencipta seja- rah pada penampilan sulung Malaysia bagi acara trek berpasukan.

Kosmo

No comments:

Post a Comment