Tuesday, October 5, 2010

Nicol tiada tandingan

DATUK Nicol David menggunakan kurang daripada setengah jam untuk melakar kemenangan pertama dalam usahanya memburu emas Sukan Komanwel apabila mengatasi Damindhi Udangawe dari Sri Lanka dengan straight set.
Nicol yang menduduki takhta pemain nombor satu dunia sejak 55 bulan lalu, menang 11-2, 11-4, 11-2 ke atas pemain berusia 19 tahun itu yang masih belum pernah beraksi di jelajah dunia.
“Saya perlu bermain dengan lebih gigih,” kata Nicol sambil merujuk kepada aksi sebagai satu pasukan berbanding individu sebelum ini.

“Atlet Malaysia mempamer semangat berpasukan yang tinggi di sini dan itulah yang menggembirakan. Sudah tentu anda mahu menumpukan perhatian kepada permainan,” katanya.


H.MEtro

No comments:

Post a Comment