Tuesday, October 5, 2010

Amirul penuhi impian Malaysia

REAKSI Amirul  selepas memastikan pingat emas milik negara kategori 56kg, semalam.
REAKSI Amirul selepas memastikan pingat emas milik negara kategori 56kg, semalam.
Zaira kecundang gara-gara ‘keliru’ ciptaan sendiri

SELANG lapan tahun, episod manis dari Manchester berjaya dijelmakan semula Amirul Hamizan Ibrahim untuk memenangi pingat emas selepas gah menjuarai acara angkat berat 56 kilogram lelaki, lewat malam tadi.

Ia adalah emas pertama kontinjen negara di New Delhi selepas badang dari Pahang itu membuat angkatan keseluruhan 257kg sambil turut merakamkan rekod baru Sukan Komanwel dalam snatch dengan 115kg buat menceriakan peminat tanah air di atas keringat itu yang bernilai RM80,000 bagi atlit berkenaan.


Ia sekali gus berjaya mengekalkan penguasaan negara buat kali ketiga berturut-turut dalam acara ini selepas Faizal Baharom melakar detik sama di Melbourne pada 2006.
"Strategi saya menjadi kali ini. Apa yang saya rancang adalah untuk mendapatkan pendahuluan baik dalam snatch bagi menghidupkan peluang saya," kata Amirul, yang agak kecewa kerana pencapaian malam tadi di anggap tidak sehebat angkatan peribadi terbaik, 265kg di Sukan Olimpik Beijing, dua tahun lalu.

“Saya juga terasa sakit bahagian paha dan usaha baik dalam snatch membantu saya hari ini (malam tadi). Saya juga mengerti peserta tuan rumah ghairah mahu memenangi emas tapi saya dapat mengawal perasaan dan memberi fokus.

“Ia menjadi penawar duka selepas tidak dapat beraksi di Melbourne. Saya gembira dapat membantu kontinjen negara kali ini."

Perak dimenangi Dey Sukhen dari India dengan jumlah 252 kg manakala rakan senegaranya, VS Rao, gangsa (248kg) dalam acara yang membabitkan 12 peserta kali ini.
Seorang lagi peserta negara, Mohd Shafiq Ismail pula hampa apabila hanya mampu membuat mendapat tempat ke-11 selepas gagal dalam angkatannya.

Apapun, malang bagi jaguh wanita negara, Zaira Zakaria yang begitu hampir mahu memenangi sebutir pingat tapi akhirnya terpaksa menggigit jari gara-gara kealpaan sendiri dalam acara 48kg.

B.Harian

No comments:

Post a Comment