Friday, July 4, 2014

Penembak Kebangsaan Gagal Menyinar Di China

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Semua atlet menembak kebangsaan gagal ke pusingan seterusnya dalam Siri Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Sukan Menembak Antarabangsa (ISSF) 2014 yang kini berlangsung di Lapang Sasar Olimpik Beijing, China.

Menurut laman sesawang ISSF www.issf-sports.org, dalam acara 10m air rifle lelaki yang berlangsung pada Khamis, Muhammad Ezuan Nasir Khan muncul sebagai penembak terbaik Malaysia apabila mengumpul 621.5 mata untuk berada di kedudukan ke-15 daripada 49 yang bertanding dalam pusingan kelayakan.

Mohd Hadafi Jaafar pula sekadar di tempat ke-37 apabila hanya mengumpul 612 mata manakala Mohammad Zubair Muhammad di tangga tercorot dengan 601.4 mata.

Hanya lapan atlet terbaik layak mara ke pusingan akhir.

Acara itu dimenangi oleh penembak Rusia Nazar Louginets dengan 209.3 mata, manakala juara bertahan Yang Haoran dari China sekadar meraih perak apabila mengutip 209.1 mata dan Peter Sidi dari Hungary berpuas hati dengan pingat gangsa (187 mata).


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment