Thursday, July 17, 2014

MGF ambil jalan selamat

Kuala Lumpur: Ketiadaan atlet pelapis berkaliber menyebabkan Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) memilih jalan selamat dengan menyasarkan hanya satu pingat pada Sukan Komanwel Glasgow dari 23 Julai hingga 3 Ogos ini.

Timbalan Presiden MGF Kaugit Kaur berkata, persatuan itu menghadapi masalah mencari atlet terbaik bagi memburu pingat pada temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

“Kami akui kali ini MGF ketandusan atlet pelapis yang bagus bagi menghadapi Sukan Komanwel.
Jika empat tahun lalu kami agak cemerlang apabila meraih satu pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, tapi kali ini agak sukar.

“Kami mungkin menghantar dua atlet lelaki dan satu pasukan gimrama wanita saja.

Kalau nak dilihat kepada harapan pingat, mungkin kami boleh meraih satu pingat dari pasukan gimrama.

“Pasukan seperti Kanada dan Australia makin meningkat, sebaliknya kami masih tercari-cari atlet terbaik bagi mewakili negara,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Menurutnya, beliau mengakui MGF belum lagi mampu menyasarkan sebarang sasaran khusus walaupun persatuan sukan lain sudah mendedahkan sasaran masing-masing.

“Hingga ke hari ini belum lagi menetapkan apa-apa sasaran.

FotoELAINE cipta kejutan hadiah satu pingat emas di New Delhi.

Tunggulah selepas pertemuan bersama jurulatih dan presiden, kami akan dedahkan sasaran kami,” jelasnya.

Pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, pasukan gimnastik negara melakukan kejutan apabila menghadiahkan satu pingat emas menerusi Elaine Koon dalam disiplin gelung individu.


Oleh Mohd Firdaus Hashim, Arena - Harian Metro

No comments:

Post a Comment