Wednesday, September 29, 2010

'Kami banyak peningkatan'




SKUAD hoki wanita negara telah mempamerkan banyak peningkatan dan perkembangan itu mengundang khabar gembira menjelang Sukan Komanwel 2010 yang akan bermula di New Delhi, India, Ahad ini.
Perkara tersebut diakui jurulatih, Yahya Atan yang ternyata berpuas hati dengan komitmen yang dipamerkan anak- anak buahnya dalam beberapa kejo- hanan disertai sebelum ini.
"Setakat ini, persembahan serta prestasi yang dipamerkan oleh barisan pemain saya berada pada tahap yang terbaik.

"Dalam beberapa kejohanan yang disertai sebelum ini, pemain-pemain telah banyak mempamerkan peningkatan yang mana ia merupakan suatu perkembangan positif buat pasukan.
"Bagi menghadapi Sukan Komanwel kali ini, apa yang boleh saya katakan ialah kami telah bersedia sepenuhnya," kata Yahya.

Yahya berkata demikian pada majlis mengumumkan senarai 16 pemain yang bakal membarisi skuad hoki wanita negara beraksi pada temasya yang akan memasuki edisi ke-19 itu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden Persatuan Hoki Wanita Malaysia (MWHA), Raja Puan Sri Datuk Noora Ashikin Raja Abdullah.

Sebagai rekod, skuad hoki wanita negara berjaya memperbaiki ranking dunia pada Kejohanan Cabaran Juara-Juara (2) 2009 di Kazan, Rusia yang mana mereka melonjak dua anak tangga untuk menduduki tangga ke-22.

Tidak cukup dengan itu, pengala- man beraksi pada saingan kelaya- kan Piala Dunia awal tahun ini di Santiago, Chile telah memberi pendedahan berguna buat mereka yang rata-ratanya dibarisi pemain-pemain muda.

Sekalipun hanya menduduki tempat kelima, namun skuad hoki wanita negara berjaya mencipta keju- tan selepas mencatatkan satu kemenangan ke atas Ireland 3-1 yang mana mereka tewas di tangan Australia, Chile dan Scotland.

"Bagi saya kejohanan-kejohanan sedemikian sedikit sebanyak membantu kami memperbaiki segala kelemahan dalam usaha memantapkan skuad dan Sukan Komanwel kali ini adalah satu lagi landasan terbaik buat kami.

"Pada Sukan Komanwel nanti, kami dijadual berdepan England yang mana mereka merupakan pasukan yang menduduki tempat ketiga pada Piala Dunia yang lalu dan kami belum pernah beraksi menentang mereka sebelum ini," jelas Yahya.

Selain England, skuad hoki wanita yang diundi dalam Kumpulan B pada temasya di New Delhi itu turut akan menentang Wales, Kanada dan New Zealand.


Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment