Wednesday, August 4, 2010

Sukan Komanwel bermasalah

KERJA  menaik taraf  gelanggang utama,  Stadium  Jawahar Lal Nehru masih belum siap walaupun  temasya hanya dua bulan lagi.
KERJA menaik taraf gelanggang utama, Stadium Jawahar Lal Nehru masih belum siap walaupun temasya hanya dua bulan lagi.
 
Gelanggang pertandingan tak siap angkara dakwaan rasuah

NEW DELHI: Sukan Komanwel di New Delhi terjerumus ke dalam krisis hanya dua bulan sebelum upacara pembukaan akibat dakwaan rasuah, mutu kerja yang buruk dan kelewatan menyerahkan arena pertandingan.

Kelmarin sepatutnya menyaksikan penyerahan terakhir - sudahpun tertangguh dua kali - gelanggang pertandingan kepada pengarah acara, tetapi empat arena masih dalam pembinaan dan yang lain menjadi tumpuan perbalahan mengenai kerja-kerja kurang bermutu.



Temasya itu, yang di harapkan oleh India akan menunjukkan kepada dunia kemunculannya selaku kuasa ekonomi global, dijadualkan bermula 3 Oktober ini.

Dakwaan wujud rasuah berleluasa dan kebimbangan mengenai peningkatan kos membayangi suara-suara terdesak jaminan daripada pegawai India, termasuk Perdana Menterinya Manmohan Singh, bahawa tahap persediaan berada di atas landasan.

Badan anti-rasuah India minggu lalu melaporkan bahawa ia menemui pelbagai masalah dengan kerja-kerja pembinaan, termasuk penggunaan bahan binaan berkualiti buruk dan kontraktor yang diragui.

Laporan itu membuatkan pengerusi jawatankuasa penganjur temasya itu, Suresh Kalmadi, untuk mengadakan sidang akhbar secara tergesa-gesa di mana dia membidas media kerana melaksanakan ‘kempen berprejudis’.”


“Saya mahu menegaskan bahawa saya tidak ada apa-apa yang mahu disembunyikan dan saya berdiri di hadapan anda dengan suara hati yang jelas dan penuh kepercayaan,” kata Kalmadi. - AFP

No comments:

Post a Comment