Tuesday, December 15, 2009

Janji gegar Sukan Komanwel


Zaira Zakaria

SASARAN awal hanya pingat gangsa, namun pungutan dua perak dan tiga gangsa sebaik berakhir acara angkat berat kelmarin, nyata menggembirakan kem negara yang berdepan laluan sukar menentang jaguh-jaguh dunia.

Begitupun semangat dan kesungguhan atlit lelaki dan wanita negara seharusnya menjadi dorongan bagi mencari kilauan pingat lebih baik selepas ini.

Dengan Sukan Komanwel dianggap temasya lebih mudah buat skuad negara mencari kilauan emas, pendedahan di Sukan Sea Laos boleh dianggap berbaloi.

"Jika hendak katakan kita berpuas hati tidak juga tetapi kita berjaya memberikan yang terbaik dan melepasi sasaran dengan dua perak dan tiga gangsa," kata pengurus pasukan negara, Syed Fairus Syed Ali.

"Di Korat dulu kita hanya dapat satu gangsa dan saya bangga dengan pencapaian skuad kali ini dengan setiap atlit mempamer semangat dan kesungguhan terbaik."

Bagi skuad wanita yang mencipta sejarah memenangi pingat pertama buat negara menerusi gangsa Zaira Zakaria sebelum diperbaiki Raihan Yusof dengan pungutan perak, Syed Fairus menjelaskan ia petanda baik buat atlit wanita negara.

"Dulu acara wanita memang kurang mendapat perhatian, boleh dikatakan mereka tiada harapan, tetapi kini kita sudah boleh membentuk skuad terbaik dengan barisan pelapis juga sudah semakin meningkat," katanya.BHARIAN

No comments:

Post a Comment