Wednesday, October 21, 2009

Latihan di China tambah keyakinan Raihan ke Laos




Oleh Meor Hisham Zulkifli

ATLIT angkat berat wanita negara, Raihan Yusuf percaya latihan intensif dua bulan di China, mampu merealisasikan impiannnya mencipta angkatan lebih 190kg dalam kategori snatch dan clean & jerk, menjelang Sukan Sea di Laos, bagi mendapat sekurang-kurangnya satu pingat di sana.

“Di sini kami hanya berlatih, makan dan tidur saja, membolehkan kami memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap usaha melakukan angkatan yang lebih sempurna dan menambah bebanan,” katanya ketika dihubungi di wilayah Haikou, China semalam.

“Jurulatih kini menetapkan sasaran untuk saya mengangkat bebanan 85kg untuk snatch serta 105kg untuk clean & jerk, dan saya harap mampu mencapai sasaran itu kerana setakat ini saya beransur-ansur menghampiri kepada jumlah angkatan itu.”


Dia yang turut disenaraikan dalam Kategori A untuk ke Sukan Sea Laos Disember ini bersama seorang lagi peserta angkat berat wanita, Zaira Zakaria, merasakan langkah mengadakan latihan di China tepat pada masanya, dalam usaha meraih kejayaan di Sukan Komanwel di India tahun depan.

No comments:

Post a Comment