Untukmu Malaysia. Hafifi Mansor bersama pasukan selepas memenangi emas pertama negara di Glasgow. AtletMalaysia Boleh pic.twitter.com/A74E2piGAb
— Atlet Malaysia (@AtletMalaysia) July 26, 2014
GLASGOW 27 Julai - Atlet angkat berat kebangsaan Mohd. Hafifi Mansor
menepati ramalan apabila meraih pingat emas pertama buat kontinjen
negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Sabtu.
Mohd. Hafifi, 24, yang mengambil bahagian dalam kategori 69kg, menampilkan aksi cemerlang dengan jumlah angkatan 305kg menerusi snatch 135kg dan clean and jerk 170kg pada final di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint di sini.
Pingat perak dimenangi oleh Yinka Ayenuwa dari Nigeria dengan 302kg manakala pingat gangsa menjadi milik Omkar Otari dari India dengan 296kg.
Sementara itu, peserta negara Mohammad Huzairi Ramli menamatkan saingan di tempat kelima dengan jumlah angkatan 290kg.
Mohd Hafifi menyifatkan kejayaan pingat emas itu merupakan hasil kesabaran
dan mematuhi arahan jurulatihnya yang tidak mahu dia terjebak dengan perang
psikologi daripada pihak lawan. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment