KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Penembak elit negara, Nur Suryani
Mohamad Taibi gagal menaiki podium selepas tersasar bidikan lebih tepat
pada Kejohanan Piala Dunia Raifal/Pistol/Shotgun Persekutuan Sukan
Menembak Antarabangsa (ISSF) 2014 di Beijing, China, hari ini.
Pada pusingan akhir acara 50m rafial tiga posisi individu wanita, Nur Suryani hanya mampu menduduki tempat kelima daripada lapan peserta selepas mengumpul 422.3 mata, menurut laman sesawang ISSF www.issf-sports.org.
Penembak Itali, Petra Sublasing, yang menduduki tempat ketiga pada pusingan kelayakan, berjaya meraih pingat emas dengan bidikan 458.8 mata.
Dua penembak China, Chang Jing dan Chen Dongqi masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa dengan mengumpul 457.1 dan 445.9 mata.
Sementara itu, dua penembak lelaki negara, Hasli Izwan Amir Hassan dan Khalel Abdullah akan bersaing dalam peringkat kedua acara 25m Rapid Fire Pistol esok untuk menentukan kelayakan ke pusingan akhir, yang turut diadakan esok.
Pada saingan peringkat pertama hari ini, Hasli Izwan mencatatkan 292 mata manakala Khalel mengumpul 286 mata.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment