Glasgow: Kedudukan ratu terjun negara, Pandelela Rinong sama ada
sempat cergas sepenuhnya untuk mempertahankan pingat emas 10m platform
dimenangi di New Delhi pada 2010 akan ditentukan Jumaat ini.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong tidak menolak Pandelela mungkin senasib dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dinasihatkan supaya berehat.
“Saya harap Lela kembali cergas sepenuhnya dan mendapat lampu hijau daripada Institut Sukan Negara untuk datang ke Glasgow.
“Kita memang harapkan pingat emas daripadanya yang bagi saya hampir pasti. Namun, kini semuanya bergantung kepada keputusan kecergasannya Jumaat ini,” katanya.
Pemenang gangsa Sukan Olimpik London itu mengalami kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan di Guang zhou, China.
Dia jadual menyertai tiga acara, 10m platform individu, berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama dengan Cheong Jun Hoong.
Acara terjun bermula agak lewat, dari 30 Julai hingga 3 Ogos dan sasaran tujuh emas kontinjen negara mungkin terjejas jika Pandelela terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan.
“Saya berharap sangat Lela hadir di sini dalam keadaan cergas sepenuhnya selepas kita kecewa dengan penarikan diri Chong Wei juga atas sebab kecederaan.
“Apapun saya harap semua ini tidak menjejaskan motivasi serta semangat atlet terjun yang lain untuk terus memburu kecemerlangan,” kata Zolkples.
Arena - Harian Metro
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong tidak menolak Pandelela mungkin senasib dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang dinasihatkan supaya berehat.
“Saya harap Lela kembali cergas sepenuhnya dan mendapat lampu hijau daripada Institut Sukan Negara untuk datang ke Glasgow.
“Kita memang harapkan pingat emas daripadanya yang bagi saya hampir pasti. Namun, kini semuanya bergantung kepada keputusan kecergasannya Jumaat ini,” katanya.
Pemenang gangsa Sukan Olimpik London itu mengalami kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan di Guang zhou, China.
Dia jadual menyertai tiga acara, 10m platform individu, berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama dengan Cheong Jun Hoong.
PANDELELA alami kecederaan lutut ketika menjalani latihan di Guangzhou, China.
Pasangan Kanada, Meaghan Benfeito dan Roseline Filion yang juga
pemenang pingat perak di New Delhi menjadi pencabar utama 10m platform
seirama.Acara terjun bermula agak lewat, dari 30 Julai hingga 3 Ogos dan sasaran tujuh emas kontinjen negara mungkin terjejas jika Pandelela terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan.
“Saya berharap sangat Lela hadir di sini dalam keadaan cergas sepenuhnya selepas kita kecewa dengan penarikan diri Chong Wei juga atas sebab kecederaan.
“Apapun saya harap semua ini tidak menjejaskan motivasi serta semangat atlet terjun yang lain untuk terus memburu kecemerlangan,” kata Zolkples.
Arena - Harian Metro
No comments:
Post a Comment