Wednesday, August 6, 2014

Pasca #Glasgow2014 - YB Khairy Jamaluddin


‘Malas saya nak layan’


Kuala Lumpur: “Beliau sudah lupakah apa yang berlaku semasa menjadi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN)?

Itu pertanyaan Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong terhadap kegusaran dilontarkan Datuk Wira Mazlan Ahmad dengan pencapaian kontinjen negara selepas sekadar meraih enam pingat emas di Sukan Komanwel Glasgow 2014 yang berakhir baru-baru ini.

“Saya nak tanya Mazlan, semasa beliau menjadi Ketua Pengarah MSN, perkara seperti ini tidak pernah berlaku? “Jadi kenapa pencapaian kontinjen negara yang meraih 111 emas di Sukan SEA 2001 merudum kepada 43 emas di Vietnam pada 2003, berapa peratus pula emas yang hilang?

“Pada Sukan Komanwel 1998 kita meraih 10 emas namun 2002 dan 2006 kenapa kita sekadar meraih tujuh emas, kenapa tiada peningkatan?

“Malah di Sukan Olimpik Atlanta, kontinjen negara meraih 1 perak dan 1 gangsa, jadi kenapa di Sydney 2000 dan Athens 2004 tiada sebarang pingat diperoleh, tolong jelaskan?” kata Zolkples yang tiba di Kuala Lumpur awal pagi semalam selepas berada di Glasgow bersama kontinjen negara sepanjang temasya berkenaan berlangsung.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, Mazlan yang juga bekas Ketua Pengarah MSN menyifatkan pencapaian enam emas, tujuh perak dan enam gangsa sebagai membimbangkan kerana ia adalah penurunan 50 peratus berbanding 12 emas yang diraih empat tahun lalu di New Delhi.

FotoZOLKPLES (dua dari kanan) ketika tiba dari Glasgow, semalam.
“Kita melakar pencapaian terbaik di Sukan Asia dan Komanwel pada 2010, pernahkah beliau puji? Pada 2008, kontinjen negara memenangi perak disusuli tambahan satu gangsa menerusi Pandelela Rinong dalam acara terjun (sukan pertama selain badminton yang menyumbang pingat kepada negara di Olimpik), pernahkah beliau puji?

“Saya sebenarnya malas nak layan kerana banyak tugas yang perlu dilaksanakan terutamanya bagi menghadapi Sukan Asia tetapi nampaknya niatnya tidak baik, bukan untuk membantu tapi menghentam. Beliau pernah mengalami kegagalan seperti ini dulu. Tindakannya dilihat mahu menjatuhkan MSN dan mencari kesalahan sedangkan perkara ini ada pasang-surut,” kata Zolkples.

Mengenai cadangan Mazlan yang mengesyorkan audit terhadap pengurusan program latihan atlet dilakukan susulan kegagalan mencapai sasaran tujuh emas yang ditetapkan, Zolkples menambah MSN tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memutuskannya selain menjelaskan sudah menyerahkan laporan prestasi atlet negara di Glasgow.

Dharma Raj Ready To Accept Whatever Decision Taken By MHC

SEPANG, Aug 5 (Bernama) -- National hockey coach Muhammad Dharma Raj Abdullah is willing to accept his fate if the Malaysian Hockey Confederation (MHC) decides to terminate his service.

"If the MHC feels that terminating my services is the best option for the good of the team, so be it," he said when met upon his arrival from Glasgow at the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), here Tuesday.

He was commenting on MHC coaching committee chairman Manjit Majid Abdullah's call to sack Dharma Raj for the embarrassing 2-4 defeat to Trinidad and Tobago at the Glasgow Commonwealth Games in Scotland.

Dharma Raj said based on his previous experience, he would not want to be dragged into a confrontation with Manjit.

"I have no problem. Based on my previous experience, I am able to face the situation. If he (Manjit) feels he is right, I am not going to challenge him because I have an important responsibility to take care of the team," he said.

Dharma Raj said MHC had its own experts and they would be able to understand and support the National hockey team based on their assessment.

Apart from the 2-4 loss to Trinidad and Tobago, Malaysia also lost 1-8 to England and 1-6 to New Zealand in their group match.

"The team that played in the Commonwealth Games was mainly made up of young and inexperienced players. Even before we went to Glasgow everyone knew that our main mission is the Asian Games in Incheon, South Korea.

"I will pick four players for the Asian Games squad. If I was selfish, I would have taken the first team to Scotland..not the second team and probably finished among the top three," he said.

Dharma Raj said the reason for not taking the seniors to Scotland was to give them enough rest before heading to Incheon for the Asian Games next month.

He added that the Asian Games squad would leave to Europe on Aug 10, to prepare for the Asian Games.

Pemilihan Pemain Di Tangan Jurulatih - Tengku Mahaleel


SEPANG, 5 Ogos (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Selasa menjelaskan persatuan itu tidak boleh disalahkan ekoran persembahan hambar pemain perseorangan lelaki di Sukan Komanwel baru-baru ini.

Ini kerana pemilihan pemain adalah keputusan jurulatih dan bukan persatuan, kata Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

Beliau berkata BAM tidak mencampuri urusan pemilihan pemain Liew Darren untuk disenaraikan ke Glasgow, Scotland bagi menggantikan slot Datuk Lee Chong Wei yang cedera.

Katanya, keputusan itu adalah atas cadangan barisan kejurulatihan skuad badminton kebangsaan yang diketuai Rashid Sidek.

"Kita telah mempersoalkan adakah Liew Darren telah diberikan keberatan (penumpuan) untuk mengubahsuai dari segi mental. Kalau coach kata sudah, siapa saya.

"Kita (BAM) hanya committee bukan individu yang melatih mereka (pemain) hari-hari. Kita sudah soal coach adakah pemain ini diberi pembaikan dari segi kelemahannya dan coach kata sudah.

"Kita kena percaya coach sebab tiap-tiap hari dia mengajar (melatih) pemain," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian berikutan kritikan pedas beberapa pihak termasuk Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong yang kecewa dengan aksi longlai pemain perseorangan lelaki dalam misi memburu pingat emas di Sukan Komanwel itu.

Liew dikritik hebat berikutan kekalahan mudah kepada pemain Kashyap Parupalli dari India di peringkat suku akhir acara perseorangan lelaki.

Dalam pada itu, Tengku Mahaleel berkata para pemain telah mempamerkan persembahan memberansangkan apabila berjaya meraih tiga pingat emas, termasuk kejutan daripada pasangan beregu wanita Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kesemua pemain dan jurulatih agar tidak terlalu selesa dengan kemenangan di Sukan Komanwel kerana lawan mereka di Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan sedang 'memerhatikan' kemenangan itu.

Ditanya mengenai kedudukan Liew Darren yang mungkin tidak disenaraikan pada temasya Sukan Asia nanti, Tengku Mahaleel berkata keputusan itu terletak di tangan barisan kejurulatihan.

"Semua player bermain untuk negara, kita kena hormat mereka. Memang kebiasaan, kadang-kala menang kadang-kala kalah begitu juga dengan Datuk Lee Chong Wei yang ada ketika cedera.

"Kita tidak boleh terus menyalahkan mereka (pemain yang kalah) kerana ia boleh menyebabkan mereka 'down' dan bila sudah 'down', ia susah untuk pulih," katanya.

Dhaarma Raj Akur Jika MHC Ketepikannya Dari Jawatan Jurulatih Kebangsaan

SEPANG, 5 Ogos (Bernama) -- Jurulatih skuad hoki negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akur jika Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memberhentikan perkhidmatannya.

"Kalau MHC rasa menyingkirkan saya adalah perkara paling baik untuk pasukan hoki, terpulanglah," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC Manjit Majid Abdullah yang mendesak agar Dharma dipecat susulan kekalahan memalukan 2-4 kepada Trinidad dan Tobago pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland.

Dhaarma berkata, beliau mempunyai pengalaman dengan Manjit dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah dengannya.

"Saya tidak ada masalah. Jadi mengikut pengalaman lepas buat saya jadi lebih matang hadapi isu ini. Kalau dia (Manjit) rasa dia betul, saya tidak mahu bergaduh dengan dia. Saya ada pasukan yang perlu diambil berat," katanya.

Dhaarma berkata dalam organisasi MHC sendiri ada ahli yang bijaksana, jadi mereka akan faham keadaan sekarang dan menyokong pasukan hoki kebangsaan.

Lebih mengecewakan apabila pasukan hoki negara ditewaskan pasukan England 1-8 dan dibenam New Zealand 1-6 pada perlawanan peringkat kumpulan Sukan Komanwel.

Beliau berkata:"Walaupun pasukan kita kalah tapi mereka menunjukkan satu persembahan bagus, mereka cuba untuk dapatkan peluang gol. Pasukan hoki bagi Sukan Komanwel ini ramai pemain junior, sebelum bertolak ke Scotland semua sudah tahu misi utama kita ialah Sukan Asia."

"Saya akan pilih empat pemain dari temasya ini untuk diserap sertai Sukan Asia. Kalau saya pentingkan diri sendiri, saya bawa pasukan pertama ke Scotland ... bukan pasukan kedua ini. Pasti sekurang-kurangnya kita berada di tempat ketiga," katanya.

Dhaarma berkata beliau mahu pasukan hoki utama yang terdiri daripada pemain senior berehat sebelum menampilkan aksi mereka pada Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan pada September ini.

Tuesday, August 5, 2014

MSN Mahu Lebih 'Kuasa' Tentukan Atlet Ke Sukan Asia



Datuk Seri Zolkples Embong
SEPANG, 5 Ogos (Bernama) -- Tidak mahu 'pisang berbuah dua kali', Majlis Sukan Negara (MSN) mahu diberi lebih 'kuasa' dalam menentukan senarai atlet yang akan menyertai kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon, September depan.

Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata satu perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan dalam masa terdekat untuk memastikan atlet yang akan mengambil bahagian di Sukan Asia benar-benar berkualiti dan mampu memberi saingan.

Katanya, jawatankuasa pemilihan MOM dituntut agar membuat penilaian rapi sebelum atlet atau mana-mana pasukan disenarai ke temasya sukan besar supaya tidak lagi wujud 'penumpang' dalam kontinjen negara.

"Saya sentiasa bersikap tegas cuma saya harap suara saya lebih diterima selepas ini. Saya telah mengadakan perbincangan awal dengan Tan Sri Tunku Imran (Tuanku Jaafar), Datuk Low Beng Choo (Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia) dan Datuk Sieh Kok Chi (Setiausaha Agung MOM), (mengenai perkara ini) dan mereka nampaknya lebih menerima alasan-alasan yang diberikan sebelum ini.

"Jadi, saya harap sesuatu dapat kita lakukan untuk ke Incheon nanti. Yang penting kita tidak perlu membawa penumpang dalam kontinjen negara," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini sejurus tiba dari Glasgow, Scotland.

Mengakui misi mencapai sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel 2014 gagal, beliau berkata bukan sahaja atlet malah beberapa jenis sukan didapati tidak sepatutnya dihantar untuk menyertai pertandingan yang tinggi tarafnya seperti di Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

"Keputusan akan dibuat oleh MOM dan saya sendiri berada dalam jawatankuasa pemilihan itu. Saya akan pastikan kita (MSN) memberikan pandangan berdasarkan kepada prestasi sebenar atlet.

"Prestasi di Glasgow tentunya akan kita ambil kira untuk tentukan atlet-atlet yang akan bertanding di Sukan Asia," katanya.

Bagaimanapun, Zolkples tetap berpuas hati dengan prestasi dan pencapaian atlet di Glasgow terutama beberapa atlet yang mencipta kejutan seperti atlet terjun 3 meter papan anjal lelaki Ooi Tze Liang dan pasangan beregu wanita Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon yang meraih pingat emas kali ini.

Selain itu, beliau turut berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan jaguh terjun wanita Pandelela Rinong dan gimnas Wong Poh San yang terpaksa akur dengan pingat perak, walaupun disifatkan telah menonjolkan persembahan yang layak dinobatkan pingat emas.

"Kalau kita lihat dari segi sasaran, tentunya kita gagal mencapainya tapi pada masa sama kita menang tujuh pingat perak dan beberapa pingat perak itu hampir kepada kemenangan pingat emas terutama pada terjunan terakhir Pandelela dan persembahan Wong dalam acara ribon.

"Malangnya, sukan-sukan subjektif seperti ini boleh berpihak kepada mana-mana atlet dan kita sedia maklum tentang itu namun ia bukan menjadi alasan," katanya.

Sementara itu, Zolkples berharap atlet-atlet yang bertanding di Sukan Komanwel dapat mengekalkan prestasi atau memperbaiki pencapaian mereka untuk mencipta sesuatu yang lebih membanggakan di Incheon nanti.

Di samping itu juga, beliau berkata beberapa sukan dan atlet yang tidak bertanding di Sukan Komanwel seperti tenping bowling, karate dan wushu, diharap dapat memberi sumbangan terbaik mereka bagi menambah pungutan pingat pada temasya Sukan Asia nanti.

NSC Wants More Power To Determine Athletes For Asian Games


Datuk Seri Zolkples Embong
SEPANG, Aug 5 (Bernama) -- In a bid to avoid history repeating itself, the National Sports Council (NSC) wants more power to determine the list of athletes for the Asian Games in Incheon, South Korea next month.

NSC director-general Datuk Seri Zolkples Embong said a discussion will be held with the Olympic Council of Malaysia (OCM) soon to ensure the quality and competitiveness of all athletes taking part in the Asian Games.

He said the OCM selection committee has been asked to thoroughly evaluate athletes and teams listed for big sporting events so that there would be no 'passengers' in the national contingent.

"I am always firm but I'm hoping that my voice is accepted after this. I've held talks with Tan Sri Tunku Imran (Tuanku Jaafar), Datuk Low Beng Choo (OCM Vice-President) and Datuk Sieh Kok Chi (OCM Secretary-General) on this matter and they seem to accept the reasons given.

"So, I hope something can be done before going to Incheon. What's important is we don't need passengers in the contingent," he told reporters at the KL International Airport (KLIA), here, upon his arrival from Glasgow, Scotland.

Admitting that the seven-medal target at the 2014 Commonwealth Games was not achieved, he said not only athletes but also several sports should not have been considered for high level competitions like the Commonwealth Games and Asian Games.

"The decision will be made by the OCM and I am also in the selection committee. I will ensure that we (NSC) give views based on an athlete's actual performance.

"We will definitely take into account the performance in Glasgow for those who will compete in the Asian Games," he said.

However, Zolkples remains satisfied with the performance and achievement of athletes in Glasgow, especially those men's 3m springboard diver Ooi Tze Liang and women's doubles pair Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon who won gold medals.

Besides that, he was also happy with the performance of diver Pandelela Rinong and gymnast Wong Poh San, who won silver, but had made efforts worthy of gold medals.

"In terms of target, we failed but at the same time we won seven silver medals and some them were as good as gold medals. Unfortunately, subjective sports like this can favour any athlete and we know that it is not a reason," he said.

Meanwhile, Zolkples hoped athletes who competed in the Commonwealth Games would maintain their performance or do better in Incheon.

He also hoped sports that were not part of the Commonwealth Games such as tenpin bowling, karate and wushu would contribute medals in the Asian Games.

Najib congratulates badminton doubles pairs for Commonwealth Games gold medals



Malaysia's gold medalists Vivian Kah Mun Hoo (R) and Khe Wei Woon (L) pose on the podium after winning the gold medal in the Women's Doubles Badminton final match at the 2014 Commonwealth Games in Glasgow, Scotland, on August 3, 2014. - AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVIC
Malaysia's gold medalists Vivian Kah Mun Hoo (R) and Khe Wei Woon (L) pose on the podium after winning the gold medal in the Women's Doubles Badminton final match at the 2014 Commonwealth Games in Glasgow, Scotland, on August 3, 2014. - AFP PHOTO / ANDREJ ISAKOVIC

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has congratulated the Malaysian badminton men's and women's doubles pairs for winning the fifth and sixth gold medals for the country at the 20th Commonwealth Games in Glasgow, Scotland.

"Two more gold medals! Well done Malaysia's men's and women's doubles shuttlers! #Glasgow2014," he tweeted Monday.

The fifth gold medal for the country came through the women's doubles pair Vivian Khoo-Woon Khe Wei who defeated Jwala Gutta-Ashwini Ponnappa from India 21-17, 23-21.

Tan Wee Kiong and Wei Shem Goh in action during the Men's Doubles final at the Glasgow 2014 Commonwealth Games, August 3, 2014. - GLENN GUAN/The Star
  The national men's doubles pair Tan Wee Kiong-Goh V Shem bagged the sixth gold medal for Malaysia, defending the Commonwealth Games gold medal by defeating Singaporean pair Danny Chrisnanta-Chayut Triyachart 21-12, 12-21, 21-15.

The Malaysian contingent ended their campaign in Glasgow in 12th place with six gold, seven silver and six bronze medals. – Bernama