Tuesday, January 5, 2010

Sukan Komanwel, Asia penanda aras atlit ke Olimpik


Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

SUKAN Komanwel dan Sukan Asia akhir tahun ini akan menjadi penanda aras sama ada atlit negara mampu memberi cabaran di Sukan Olimpik 2012.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi, berkata walaupun beberapa sukan seperti olahraga menunjukkan kemerosotan, masih ada acara lain yang dilihat mampu menyumbangkan pingat emas di Sukan Komanwel dan Asia.



“Saya rasa sasaran MSN (Majlis Sukan Negara) untuk menjadikan Sukan Asia di Guangzhou sebagai yang terbaik akan dapat direalisasikan,” katanya. “Ada acara seperti lumba basikal, bowling, skuasy, karate-do, wushu dan taekwondo mampu menyumbang emas.

“Sepak takraw dan juga olahraga turut mampu melakukan kejutan andainya atlit sukan terbabit menerbitkan prestasi terbaik,” katanya.

Kontinjen negara membawa pulang 30 emas dari Sukan Sea Laos dan kini tumpuan beralih kepada Sukan Komanwel di New Delhi (Oktober) dan Sukan Asia, yang menjadi persiapan menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London.

“Sukan Komanwel juga akan menampilkan beberapa acara yang kita berkebolehan untuk mempamerkan aksi yang cemerlang dan berpeluang meraih pingat seperti dalam lumba basikal trek serta lawn bowl.
“Seandainya kita mempersiapkan diri dengan teliti dan semua persatuan sukan kebangsaan dan MSN memainkan peranan sewajar, kita berpeluang untuk pulang dengan persembahan terbaik pernah kita tampilkan dalam kedua-dua temasya itu,” kata Kok Chi.

No comments:

Post a Comment