Thursday, January 7, 2010

Hasli tekad tebus kecewa di Laos

Oleh Mohd Ali Majid
bsukan@bharian.com.my


HASLI Izwan dijangka beraksi di Piala Dunia ISSF di Beijing, Munich dan Sydney.

Kini tumpu aksi Sukan Komanwel, Asia

JAGUH menembak pistol negara, Hasli Izwan Amir Hassan mahu melupakan kegagalan di Sukan Sea Laos Disember lalu, sebaliknya memberi tumpuan kepada dua sukan terbesar tahun ini iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Ketika ini, katanya, dia sudah mengatur rancangan untuk memastikan tempatnya di kedua-dua kejohanan itu dengan menyertai pelbagai kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Selain menyertai semua sirkit kebangsaan yang dianjurkan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Hasli juga dijangka beraksi di Piala Dunia ISSF di Beijing, Munich dan Sydney.

Menyentuh kegagalannya meraih emas di Sukan Sea Laos, Hasli mengakui ia adalah pencapaian terburuknya selepas mula beraksi di temasya serantau itu pada 2001.

Kecuali pada 2003 apabila dia tidak bertanding, Hasli sentiasa meraih emas dalam setiap penyertaan menerusi acara 25 meter rapid fire.
“Aksi saya cukup buruk terutama dalam acara berpasukan. Saya cuba bangkit dalam acara individu tetapi malangnya tidak dapat mempertahankan emas yang saya menangi dua tahun lalu," katanya.

Di Laos, Hasli yang berganding dengan Hafiz Adzha dan Khalel Abdullah, gagal mempertahankan emas yang dimenangi di Korat, apabila sekadar menduduki tempat kedua dengan 1,652 mata di belakang Vietnam yang mengutip 1,666 mata.

Hasli juga terlepas emas acara individu sekalipun bangkit dengan tembakan yang lebih tepat, untuk hanya meraih perak dengan 749.70 mata, di belakang penembak Filipina, Nathaniel Padilla yang mencatat 753.20.

Katanya, ada hikmah di sebalik kegagalan di Laos itu dan dia berpegang kata-kata pujangga - seseorang itu perlu kalah untuk mendapat kemenangan.
“Kata-kata inilah yang menjadi pegangan saya bagi menghadapi saingan sepanjang tahun ini khususnya di Sukan Komanwel dan Asia nanti,” katanya.BHARIAN

No comments:

Post a Comment